luka
ada banyak jenis
yang parah atau yang kecil
tetap sama
masih luka
sama ada kau balut
atau dibiarkan
sakit atau tidak
itu risikonya
kalau kuat
mungkin biasa
namun jika sebaliknya
kau akan rasa
sebagaimana aku rasa
sekarang
luka aku bukan lagi parah
luka yang tiada gambaran
hanya Allah tahu
kerana Dia yang hadiahi luka ini
untuk mengajar aku
menjadi manusia
syukur dan terima kasih
untuk sesiapa yang terlibat dengan luka ini
sahingga akhir nyawa aku simpan
simpan sebagai parut
takkan hilang
terima kasih untuk luka ini